Hari ni nak kongsi resepi untuk berbuka. Awal pagi lagi dah fikir pasal berbuka. Dah hujung-hujung ramadhan ni kadang-kadang dah tak tahu nak makan apa. Pergi pasar ramadhan pun dah tak lalu dah. Kebetulan kat ofiz ni, ofiz mate ada jual telur itik, RM7 untuk 10 biji. Terus beli sebab dah lama tak makan Masak Lemak Cili Padi Telur Itik ni. Saya biasa panggil gulai kuning. Rupa-rupanya my Nayla suka betul gulai kuning telur itik ni. My Nuha memang dah tahu dah sebab dulu pengasuh dia suka masak gulai kuning ni. Bawah ni resepi yang saya selalu guna dan sesuai dengan tekak saya.
Tak pernah buat photobook? Klik sini cuma RM9 sahaja untuk Mini Softcover 6" x 6" Square ( 36 Pages ) photobook !! Boleh buat photobook raya gitu !!
Masak Lemak Cili Padi Telur Itik
Bahan-bahan :-
Bawang merah 5 biji *
Bawah putih 3 biji *
Halia 1 inchi *
Kunyit hidup 1 inchi *
Cili padi 20 biji *
Cili padi 20 biji *
Serai diketuk 2 batang
2 keping asam gelugor
1 kotak santan 200ml
1 helai daun kunyit dihiris
1 batang timun dihiris (optional) ,kalau ada belimbing buluh lagi sedap kan
1 batang timun dihiris (optional) ,kalau ada belimbing buluh lagi sedap kan
Cara-cara :-
1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * dengan secawan air.
2. Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang dikisar tadi bersama santan, sedikit gula, garam , serai, daun kunyit dan asam gelugor, Nak lebih kuah tambahkan segelas air lagi. Masak sampai menggelegak dan boleh la masukkan telur itik. Tutup tudung periuk seketika dan sedia untuk dihidangkan.
** Pastikan telur itik pecahkan kat dalam mangkuk dulu, takut terkena telur yang rosak. Naya jer kan.
Nampak menyelerakan bukan? Bukan..hahaha
Close up sket. Terliur tak? Terliur pergi masak hari ni untuk berbuka yer.
Ada balance lagi telur 5 biji. Ingat nak buat sekaya tapi tunggu result diabetes (MGTT) esok. Kalau negatif dan diabetes free saya nak buat sekaya ni. Bawah ni resepi untuk yang ingin mencuba . Kalau kat pasar ramadhan saya tengok , 3 ketul kecil RM2 kalau tak silap.
Sekaya / Rodok telur
Bahan-bahan:-
Santan pekat dari satu biji kelapa / 1 kotak santan 200ml
Gula pasir (secukup rasa)
Gula Melaka / Nisan Terengganu 2 ketul
5 biji telur itik
1 sudu teh garam
Air daun pandan
Cara-cara :-
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan tapiskan.
2. Jerang dahulu kukusan sampai menggelegak, kemudian baru masukkan loyang.
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru potong
Gambar sekaya tak ada pulak yang saya pernah buat. Tapi ni Tok Aji Serban. Sekaya tu sebenarnya, bahagian atas Tok Aji Serban tu jer . Kalau korang nak makan Tok Aji Serban, kena la masak pulut dulu. Resepi Tok Aji Serban kat sini
Korang selalu ke masak untuk berbuka ? Menu apa yang selalu korang masak ? Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie
Rodok telur tu fav kalo blk klate.. Telur itik suka gk
ReplyDeletebest masak lemak telur itik :)
ReplyDelete