Thursday, April 09, 2015

Jatuh cinta dengan Naelofar Hijab Chic N Basic pulak !

Hari ni entry untuk para gadis dan mak gadis sahaja. Bapak gadis dan bakal bapak gadis pun dialu-alukan untuk membaca untuk tambahan ilmu kegadisan dan mak gadis. hahaha . Sebenarnya  nak cerita pasal instant shawl Naelofar Hijab Chic N Basic ( material chiffon - pleated)  yang saya rasa sangat mudah dan pantas serta yang pasti cover aurah kan. Harga sebelum GST hari tu RM 50 tapi lepas GST RM 53 dah lah. Nasib baik sempat rembat 3 helai sebelum GST. 1 helai untuk my dearest ma. Dia lagi excited, terus pakai bila dah sampai :) Mak sape la sweet angat tuh..hehehe



Ini lah tudung yang saya jatuh cinta tu. Nampak dia pakai macam tak berapa nak labuh tapi bila pakai sendiri , boleh adjust rupanya bagi labuh tutup dada.

Abaikan anak dara saya tu yer.Bila la nak buang tabiat hisap jari dia tu. Tangan satu lagi tu nak angkat dan nak gesel kat bibir sebenarnya tu tapi tak sempat . Kalau tak nampak ler spentot dia dalam gambar ni. hehehe

Walau muka sebesar talam tapi kena ada confident feeling gorgeous..hahaha

Alang-alang dah minat sangat pakai shawl Naelofar Hijab, terus join contest . Hadiah Naelofar Hijab bernilai RM1000 tuh. Wah..Kalau dapat semua color Chic N Basic 20 helai dah tu.Untungnya sapa yang kreatif tu kan. 



3 gambar yang saya dah submit untuk contest tu..Belasah jer la..Tak kreatif mana pun janji cukup syarat. hahaha. Yang penting ada Naelofar Hijab  dan Handbag kat situ. Even handbag buruk.Dalam gambar tak nampak buruk...hahaha. 

Yang ni gambar atas katil.hahaha 


Yang ni gambar atas meja kat ofiz . So deko-deko rembat barang kat ofiz jer. Ni lah tudung my ma yang dah selamat saya pos untuk dia bersama surat cinta.hehehe 

Ni atas meja makan pun boleh. Guna perfume yang menang contest Jubah Aqeela hari tu bentukkan huruf jadi NH . Belasah... 



Korang dah pernah try Naelofar Hijab Chic N Basic ?

p.s : Next month nak beli warna hijau dan biru pulak..eh ..hahaha
Yang 2 helai ni my hubby yang sponsor..hahaha. tq my dear hubby..

2 Comments:

  1. Best ke??? sy teringin pula nak pakai bila baca komen eliss ni la. dapat gaji nanti beli lah stau. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak. sebab senang dipakai..terus sarung ajer..

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)