Thursday, April 23, 2015

Botol Tupperware Yang Sesuai Untuk Air Detox

Last week, saya ada checkup rutin tahunan.Alhamdulillah, jantung ok, gout tiada tapi ada satu yang menjadi mimpi ngeri sekejap. Bacaan gula dalam darah saya 7.9. Adoi. Tak tahu nak menangis ke nak melompat. Soalan pertama yang ditanya oleh doktor , adakah saya suka minum 3 in 1? Saya cakap memang jarang sangat lah. Air tin berkarbonat sudah lama saya tak minum, rasanya bertahun-tahun.Rupanya mungkin nasi yang saya makan lewat malam atau cara masak saya. Saya dah tak guna MSG dalam makanan sudah 2 tahun lebih. So saya ganti dengan gula. Kena kurangkan gula dalam makanan dan lebihkan dengan senyuman jer la lepas ni. Kalau tengok saya duk sengih sorang-sorang tu mintak maaf lah yer.huhuhu.


Hari ni hari ke 5 saya berdiet. Saya berdiet teknik kira kalori.Harap-harap berhasil seperti yang saya buat untuk mengandungkan my Nayla dulu. 6 bulan berdiet akhirnya saya mengandung. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Doktor bagi saya 3 bulan untuk turunkan berat badan semaksima mungkin ( target saya 63KG untuk BMI yang sihat) dan minum air gula lepas 3 bulan nanti untuk tahu diabetes ke tidak.Kebarangkalian saya tinggi untuk diabetes sebab Abah saya pun ada diabetes.

ECG reading. So far jatung ok ! Alhamdulillah

Kuda oren kembali beraksi sekurang-kurang 15 minit - 30 minit sehari.


Salah satu yang saya amalkan adalah Air Detox atau Detox Water.Saya ni susah yang amat untuk minum air kosong. So saya terpaksa mencari alternatif untuk saya rajinkan diri minum air. Saya dah takut terus minum air manis. Manistophobia nama dia.hahaha. Kalau google macam macam resepi yang keluar . Ikut lah kombinasi mana yang korang suka dan kena kat tekak korang.

Ini bahan asas yang saya gunakan untuk air detox saya minggu ni. 
zucchini + daun pudina + lemon + apple hijau

Mula-mula guna bekas tupperware yang ini tapi bahan-bahan berebut-rebut nak terkeluar pulak masa minum. hahaha

Lepas tu guna bekas tupperware yang awesome ini , sebab ada penapis sekali disertakan . Sesuai sangat untuk detox drink. Terima kasih Tupperware Mama Murah. Saya beli ni RM19. Harga special untuk saya. hahaha.

Sedap sket tekak nak minum air masak. Kalau tak bercinta nak minum air masak.Rasa masam-masam mint gitu la..Satu bekas ni 500 ml tapi bila masuk bahan-bahan ni separuh jer lah airnya iaitu 250ml..So saya kena minum 12 kali botol tupperware ni iaitu 3 liter sehari.  Jangan minum air berlebihan pulak http://kevinzahri.com/health-fitness/kesan-minum-air-berlebihan

Kiraan air yang diperlukan : Berat / 25 KG ( teknik 1)


Berat darabkan dengan 40  + 50  ( teknik 2) 



Tips: Lemon letak 3 slices je untuk elak air terlalu pahit. Tapi pahit itu ubat kan. Belasah..hahaha

 Korang pernah cuba detox water atau air detox ni ? 

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)