Aura nak kerja dan berbelog lemau pulak dah cuti sampai 5 hari. Banyak cerita tertunda dalam kepala ni. JJCM pun ada 3 entry tak keluarkan lagi. hahaha . Hari ni cerita pasal persiapan persekolahan my Nuha yang akan menjelma tak berapa lama lagi. Berdebar pulak maknya.
Hari tu ada terbaca entry Mama Tisya pasal beli baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari Hari. So moh ler kesana, mencari baju sekolah my Nuha. Ada jer di Klang tapi dah terbiasa membeli belah di Shah Alam, kami ke Pusat Pakaian Hari Hari Seksyen 18 berdekatan dengan Pasaraya Ole Ole. kat Ole Ole pun ada tapi kami terus pergi kedai. Sama jer dua ni. Kalau tak de stok kat sini, jurujual dia pergi berlari kesana amik stok.hahaha
Hari tu ada terbaca entry Mama Tisya pasal beli baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari Hari. So moh ler kesana, mencari baju sekolah my Nuha. Ada jer di Klang tapi dah terbiasa membeli belah di Shah Alam, kami ke Pusat Pakaian Hari Hari Seksyen 18 berdekatan dengan Pasaraya Ole Ole. kat Ole Ole pun ada tapi kami terus pergi kedai. Sama jer dua ni. Kalau tak de stok kat sini, jurujual dia pergi berlari kesana amik stok.hahaha
Boleh dikatakan semua persiapan persekolahan beli kat sini sebabnya senang sekali harung jer. Malas nak survey kat tempat lain dah. Lagipun barang yang nak beli tu semua ada kat sini. Dan tak penat berjalan sebab tempat pun tak besar mana kan. Lagi satu jurujual tu memang akan layan kita. Ukur-ukur baju dan bagitau jer nak yang macam mana dan nak apa.
Inilah cawangan yang saya pergi.
26, Jln Pinang 18/C, Sec 18, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-55427318
Waktu Operasi : 10:30am - 10:00pm
Cawangan lain boleh lihat alamat kat sini.
My Nuha dah tak sabar nak masuk Tahun 1 katanya..
Orientasi sekolah dia 3 Januari nanti.
My Nayla pun sibuk jugak nak beg sekolah :)
Macam macam ada kat dalam kedai.
Kelengkapan sekolah yang sudah dibeli. Beg sekolah kebangsaan beli kat Tesco sebab bila tengok website SWAN , Tesco antara authorised dealer beg SWAN. So terjah Tesco Extra Shah Alam. Beg tu RM89.90. Saya baca kat forum diorang kata beg SWAN tahan lasak. Tu yang cari SWAN jugak tu. Cawangan SWAN yang lain : http://www.swanbag.com/html/wheretobuy.aspx
Beg biru comel tu my Nayla punya. Kemain seronok dapat beg. Satu lagi beg sekolah agama my Nuha beli kat The Store RM 31.90
Bil kat Pusat Pakaian Hari-hari yang paling panjang :)
Kasut sekolah beli di Bata sepasang dan Yebeng S/B bersebelahan dengan kedai Pusat Pakaian Hari hari tu jugak. Senang kerja mak..hahaha
Melaram dengan baju sekolah baru.
Baju kurung beli 3 jenis kain sebab nak beli semua terus so tak der stok.RM 25.90, RM31.90 dan RM 33.90 . ( Beli 4 pasang sekolah kebangsaan dan 4 pasang sekolah agama - Kes mak nak gosok sekali harung baju sekolah)
Tudung lycra RM 9.90
Kasut RM27.90
Stokin RM 5.50 ( 3 pasang)
Serkup RM 1.90
Baju ok kecuali tangan dia labuh sket. Lipat jer lah. Tapi kain memang kena pergi alter.
Dah suruh jiran tepi rumah alter. Kebetulan ada jiran tailor.Senang kerja mak..hehehe. Lencana dan nama pun dah dapat semalam, so minta jiran jahitkan pada tudung terus. Dulu jahit nama kat baju kat Seksyen 7 RM 1 untuk satu tanda nama.
Semalam dah pergi sekolah untuk beli buku latihan dan kelengkapan sekolah.
Ni list buku dan kelengkapan untuk Tahun 1.
Dekat-dekat RM100 jugak..Tinggal nak beli alat tulis jer lagi. Lepas ni duk diam-diam.hahaha
Total keseluruhan : RM 600 ++
Korang dah buat persiapan persekolahan anak-anak tahun 2015 ?
Baru 70% selesai membeli..tggl beg sekolah anak2 yg besar2 je belum..
ReplyDeleteSwan punya brand memang bagus dan tahan lasak..saya pun beli beg swan utk anal saya yg masuk thn 1
harap-harap macam tu lah cikgu :) biar boleh pakai sampai akhir tahun pun ok dah..hehehe
Deletetudung nuha tu hard awning ke? cemana tu nak kasi tak keromot? hehe, saje tanya awal, 4thn lg baru turn nayli
ReplyDeletemcm tak hard sangat. lembut jer tak sama mcm tudung yg kita pakai tu..dia jual dalam plastik gulung2..tu tak seterika lagi..hehehe
DeleteRaa pon dh abes membeli dh semua kelengkapan sekolah Anis. tambah2 jer pon.
ReplyDeletecuma kasut pengawas jer kena beli lebih sket.
memang bulan nih bajet habes ke sini jer lah. belom kira yuran sekolah lagi nih.. hehehe
jadi pengawas dia yer.. tu la..ni abes byk ni sebab sorang kan..kalu dua, budget2 lagi ni..hehehe
DeleteSalam. Hee besar belanja sekolah anak-anak.
ReplyDeletehappynya nuha..nak masuk sekolah...
ReplyDeleteAlahai Nuha, acik Dinas kenal Nuha kat blog ni dari tecik dulu sampai dah nak masuk darjah 1 dah ni ha..sentimental plak rasanya. Seronok tengok dia bergaya dengan baju sekolah tu :D
ReplyDelete