Thursday, November 20, 2014

Lunch @ House of Nasi Kerabu, Kompleks PKNS, Shah Alam

Hari jumaat lepas, giliran kak ema pulak belanja sempena hari jadi dia yang telah lepas , bulan 10 hari tu. Kali ni kita cuba kedai yang baru beroperasi di Shah Alam Ogos lepas, iaitu House of Nasi Kerabu. Kedai yang berasal dari Kelantan ni yang dulunya lama beroperasi di bahagian bawah Pasar Lama MPKB di Kota Bharu dikenali sebagai Restoran NARA.

Signboard kedai..Sederet dengan MC Donalds..

Dulu bangunan Maybank tak silap saya.

Ada kerja kosong jugak bagi sesiapa yang tengah cari kerja tu.


Antara menu yang special disini .


Jom la tengok deko dalam restoren ni.Kebanyakan dinding dihiasi dengan gambar Kelantan lama dengan memaparkan beberapa keping gambar-gambar lama sekitar Kota Bharu. 


Salah satu lukisan yang menghiasi ruang kedai


Ada dua pilihan tempat makan.. Satu bahagian bawah dan satu atas

Dari tingkat atas

Ada wau bulan lagi tu kat dinding

Makanan utama di House of Nasi Kerabu

Hidangan tambahan di House of Nasi Kerabu

Kak Ema dan Ida sedang menulis borang pesanan makanan

Terima kasih serve kami walau agak lambat dan kelam kabut

Hi Alman :) Alman dah besar...

Selfie seround...


Haruslah wefie kan :)



Hari tu saya pilih Set Nasi Kerabu Ayam Percik Narathiwat. Tapi sedikit mengecewakan sebab saya ni memang peminat ayam percik kan. Kuah ayam perciknya seperti ditambah tepung jagung tapi tiada tepung jagung sebenarnya digunakan menurut mereka.Lagi satu ayam tu macam dikukus jer. Kalau yang asli mestilah digrill atau dipanggang. Grill atas pan pun tak per dah kalau tak boleh sangat kan. huhuhu.


Lada solok pulak, langsung tak rasa ikan pun dah la RM2.50 satu. Sangat kecewa. Tumis budu pulak , bagi saya tak lebih dari budu yang mungkin ditambah gula. Untuk yang tak pernah makan nasi kerabu sedap, mungkin lah boleh cuba. Saya tak tahu la, kalau yang di Gombak tu rasa dia sama ker tak sama sebab belum pernah sampai. Mungkin lepas ni saya tak akan order nasi kerabu ayam percik dah sebaliknya cuba menu yang nampak lagi menggiurkan dalam facebook iaitu Nasi Kukus Ayam Dara tuh. Semoga mereka memperbaiki mutu makanan especially yang saya cuba ini iaitu Ayam Percik ni. Boleh cuba resepi ayam percik bonda saya :p 

Ini Ad punya Nasi Kerabu Narathiwat Daging Bakar. Ad kata daging bakar dia lembut. 

Teh O Ais 


Apapun, Terima kasih Kak Ema belanja kami :) 

Korang suka makan nasi kerabu ? Kat mana nasi kerabu yang korang suka makan? 

LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR.
Blog : http://houseofnasikerabu.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu

7 Comments:

  1. selalu makan nasik kerabu beli kat pasar malam je...
    tapi rindu nasik kerabu kt kampung...baru betul2 asli...heheh

    ReplyDelete
  2. baru ke kedai ni? x pernah nampak pun..nak try la lepas ni

    ReplyDelete
  3. Salam Puan.

    Saya wakil House of Nasi Kerabu Shah Alam berterima kasih atas saranan dan komen pihak Puan.
    We need this kind of feedback to improve our quality as well as service.
    Berkenaan kuah ayam percik, insyaAllah kami akan improve lagi. Btw, kuah kami tidak menggunakan tepung jagung sebagai pemekat. Tapi saya akan pastikan selepas ini kami akan buat yang lebih sedap, sesuai selera oghe pata timur ;)

    Sekali lagi kami mohon maaf atas kekurangan ini. Harap Puan dan sahabat tak serik berkunjung ke HONK Shah Alam.

    ReplyDelete
  4. Y sedap ttp nasi kerabu ori dr air tangan org lama kan.. lya suka nkn nasi kerabu daging bakar.. dekat warung biasa je kat kmn ni. Tp mmg femes n swdap.. ayam n daging mmg dia bakar atas baraan arang.. mmg ori la rasanya

    ReplyDelete
  5. wow sedapnya.lama x perkena nasi kerabu. leh try nie.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)