Thursday, August 07, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014, Perkelahan Raya @ Pantai Kemasik dan Sambutan Hari Lahir my Nuha ke 6

Hambik. Sekali harung kita update. Sebab tak banyak gambar pun raya kali ni sebab orang yang suka amik gambar raya beraya kat Kedah tahun ni. Masa pagi raya pulak, tak der sapa nak suruh amikkan gambar yang ada anak buah hubby . Gambar banyak yang goyang. Dah la tak tengok dulu. Nak posing balik semua dah tukar baju dah..huhuhu. Tunggu raya haji pulak lah nampaknya.


Tahun ni tema kami maroon purple gitu lah. Dan tema adalah jubah. Jubah Nayla tu sebenarnya bukan jubah tapi dress siap seksi tang lengan tu sebab cari warna sedondon tak der untuk saiz dia. Ni pun dah beli jubah yang warna lain baru jumpa dress tu. Kira boleh la..Dia dah la x boleh panas-panas kan..hahaha


Nayla dengan background my ma dan abah. Tu la baju yang dibeli sebelum dress Korea tu :p MIL dan FIL tak bergambar tahun ni sama jugak my ma dan abah..ni pun gambar masa kitorang nak balik sini...Letak sekali gambar Long dan adik saya yang beraya di perantauan tahun ni..kekeke..Family Ngah lak tak dan bergambar raya hari tu sebab balik rumah diorang dah habis raya :p
  

Hari raya ketiga lak, pergi ikut hubby jumpa kawan-kawan sekolah lama dia kat Pantai Teluk Gadung, Sura Hujung iaitu depan UiTM Dungun. Sementara tunggu dia sembang, kita amik la gambar dengan anak dara :)


Pantai Teluk Gadung, Sura Hujung @ Raya ketiga


Hari raya keempat pulak, Ngah ajak pergi berkelah kat Pantai Kemasik. Dalam setengah jam lebih  jugak dari rumah kitorang. Menu hari tu, Nasi Kuning yang disediakan oleh my SIL, kak cik. Saya tak mandi jer. My Nuha jer mandi dengan sepupu-sepupu, Ngah dan Tokki dia :) Cuaca pun redup ajer. 



Tanggal 2 Ogos 2014, genaplah usia my Nuha yang ke enam. Beli kek dan makan bersama dengan family belah my hubby pulak. Tapi dia tak puas hati sebab birthday dia tak de deko macam birthday adiknya hari tu. Nampaknya kena buat jugak ni kat sini..Tengok budget dulu la macam mana..hahaha


Nur Nuha Humayra, Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendamaikan hati Ummi dan Abah . Semoga dirimu sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah selalu . 

Macam mana raya korang  ??

9 Comments:

  1. kakak pun nak celebrate bday potong kek ramai2 dtg ek? pandai dia, dah ada keinginan... buat kt skool pun ok gak kan? ramai kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa mmg ada sambutan kt sekolah utk 3 bln sekaligus..

      Delete
  2. Replies
    1. Best kan raya...moga bertemu ramadhan akan dtg..

      Delete
  3. Replies
    1. Sbb dh lama sgt cuti kan x tau nk buat apa dah..

      Delete
  4. pepel maroon..dress bdk2 cute tp kdg2 pyh gk nk cr size ank2 sbb kdg2 design kita suka tkde size

    ReplyDelete
  5. happy birthday Nuhaaa!!
    moga jadi anak yg solehah dunia akhirat.

    cantik uols semua berbaju raya.
    suka jubah nuha..
    selamat hari raya eliss sekeluarga.
    maaf zahir batin :)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)