Selamat hari Rabu :) Ada yang monday blues ker pagi rabu ni ? hahaha. Apapun selamat menyambut maal hijrah. Moga tahun baru ini merubah kita menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Amin. Minggu ni dimulai dengan segmen JJCM@elissmie.com. Kali ni kita breakfast ala pantai timur pulak yer. Sebenarnya saya tahu pasal kedai ni dah lama cuma baru ada kesempatan nak pergi. Inilah nasi minyak yang saya selalu makan pada bulan Ramadhan yang jual di PARAM, Seksyen 7 , Shah Alam dari tahun 2010 tak silap saya. Pelbagai pilihan masakan pantai timur ada kat restoren ni.
Yang mana mengidam nak pekena makanan selera pantai timur tu boleh la
terjah restoren ni.
Ada nasi kerabu. Ikan celup tepung pun ada pelengkap nasi kerabu tu.
Nasi minyak adalah our all time favourite lah kiranya. Lengkap dengan gulai ayam, sambal dan acar mentah.
Ada nasi dagang dengan kuah ikan tongkol siap ada belimbing buluh lagi. Buat teringat kat masakan ibu mertuaku ni.
Tu kat depan tu gulai ikan tongkol . Dan ada jugak pulut kuning dan pulut cawan. Lagi satu pulut lepa yang intinya serunding ikan tu. Tak seperti yang ada kat sini pulut udang kan yang inti kelapa tu.
Oh lagi satu laksa dan laksam kuah putih pun ada tau. Kami macam biasa tapau ajer.
Makanan dia susun berderet kat situ, layan diri.
Siap ada plak jalan-jalan cari makan lagi.
Close up sket :p
Inilah kedainya.Satu lagi cawangan di Subang Bestari.
Semua sekali borong hari tu RM60 .5 bungkus nasi minyak dan ayam gulai 6 ketul , 1 bungkus nasi dagang , 2 pulut cawan, 10 keping pulut panggang, pau kaya dan 1 bungkus laksam .
Biasa di pasar malam nasi minyak dia tu RM5 sebungkus .
My Nuha pagi-pagi dah kena angkut pergi beli breakfast dengan tak mandinya . Dah ada sebatang gigi. Yeay !
Anak selera timur saya, suka makan laksam rupanya :)
#Dumex says children's safety is their No. 1 priority, and they really show it with this video!
#Dumex says children's safety is their No. 1 priority, and they really show it with this video!
Korang suka ker breakfast selera pantai timur ni ?
Restoren Mak Uda Selera Timur
Jalan U2, U2/L, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor
Foursquare :
Nampak sungguh menyelerakan... banyak pilihan.. salam kenal :)
ReplyDeletenampak macm best jer ... mst am suka
ReplyDeleteNasi minyak , nasi dagang..kecur air liurku..
ReplyDeleteSaya penggemar tegar nasi kerabu.wife saya pula nasi dagang..laksam...boleh la saya try ke sini...
ReplyDeletekami sekeluarga selalu jugak makan kat kedai tuu..
ReplyDeletesama x ngan nasi minyak Ganu kak eliss?
ReplyDeletemasa cuti haitu, 2 kali makan nasi minyak.
sedapnyeeee!