Wednesday, October 10, 2012

Wifi percuma di hospital , bagus jugak kan ?

Skang ni rata-rata tempat baik restoren, sekolah , universiti, bangunan kerajaan,  semua ada kemudahan wifi secara percuma lagi .Kalau kat kedai mamak, kena mintak ajer dengan ane , dia pun hafal password wifi. Tapi jangan salah masuk pulak, kang ada tragedi  T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. berulang ( 7777 sebenarnya ) . Malah kat kampung saya sendiri pun dah ada kampung tanpa wayar 1 malaysia jugak .


Wi-Fi (atau Wi-fi, WiFi, Wifi, wifi) dianggap merupakan singkatan untuk Wireless Fidelity, tetapi sebenarnya ia dipilih mengikut pola "Hi-Fi". Ia merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network). Sumber : sini



 Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia , credit to : Yanmie | Blog Supermak



 Di DEMC , kemudahan wifi percuma memang disediakan ( tanpa password) malah ada beberapa monitor touch screen yang dilengkapi wifi percuma juga disediakan seperti kat atas ni. Kalau hari minggu, DEMC dah macam rupa pasaraya dah saya rasa sebab penuh dengan orang yang mendapatkan rawatan. So memang wajar ada wifi percuma di hospital ni, selain boleh mengelakkan pembaziran masa , boleh jugak menghilangkan tahap kebosanan lebih-lebih lagi saya bawa my Nuha, dari pagi sampai tengah hari, mood dia memang sukar diduga tapi dengan wifi percuma, boleh dia layan upin dan ipin walaupun tak laju mana sementara saya mendapatkan rawatan.

Saya pun boleh update facebook dengan mudah di telefon saya :)

Di hospital lain pun dah ada kemudahan wifi percuma jugak contohnya , di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. [ Boleh baca entry ini dari Sharinginfoz untuk dapatkan password wifi ]


Apa pendapat korang tentang wifi percuma di hospital ?


p/s:

Bila lah hospital Shah Alam akan dibuka untuk mengurangkan kesesakan di DEMC.


15 Comments:

  1. bgus jgak tu..xde le org bosan dok spital lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. kemain lama menunggu padahal nak amik ubat sekeping jer. hehehe

      Delete
  2. menarik gak tp mesti slow kan eliss

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang slow melow tapi setakat nak update fb ok la.

      Delete
  3. setuju sgt kak eliss..lebih2 hosp kerajaan..berejam2 menunggu..adakala setengah hari cuti nk setelkan date ngn doktor..skuangnyer2 leh gak drfat n3 blog..keke

    ReplyDelete
  4. ye laa....sebelum nie dah letak televisyen kan... so kalau semua hospital dan tempat yang buat orang ramai menunggu ( imigresen ) contohnya...

    ReplyDelete
  5. mmg patut sgt private hospital sediakan wifi free...depa untung banyak dah..:)

    Hosp shah Alam tu patutnya dah di buka tahun 2010 atau 2011 kalau tak silap saya...tapi biasalah, isu politik tak habis habis...tergendala projek tu..org SA yg merana asyik kena ke hosp Klang/Serdang

    ReplyDelete
  6. memebest la klu ado, x la boring. tamboh2 klu tggu turn utk check up ..lamo btul

    ReplyDelete
  7. setuju sgt2!! tapi janganlah kat hospital swasta jer.. hospital gomen pon perlu jugak!! Wifi sgt penting skrg nih~

    ReplyDelete
  8. bagus kan.. tmpat shima pun ada juga.. Shima nya tenet pun ada wi-fi jugak tp dok tahu password aduhaiiii!
    Kelakar pulak tujupakali hikhik
    Nanti shima godek2 lagi camne nak guna goole plus tuh hukhuk

    ReplyDelete
  9. eliss, nk tanyer demc charge camner eh utk check up? ker 'co' kiter byr? :)

    ReplyDelete
  10. kg tanpa wayar... ~janggal je rasa tp sgt mudah...bleh layan episod tetinggal adam dan hawa online jugak :D

    ReplyDelete
  11. bagus tu sambil tunggu doktor panggil bleh update blog.....

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)