Hari tu masa balik kampung, punyalah banyak my ma bagi pisang. Mula-mula ingat nak bagi jiran, tapi tengok macam dah masak sangat so tak terbagi pulak. Ada dalam 2 sikat gitu.Saya simpan jer dalam peti ais. Lama-lama kulit dia jadi hitam kan tapi bila kupas, ok lagi isi dia.
Bila tengok resepi Apam Pisang Kukus ni, macam senang jer kan tak perlu oven hanya kukus , saya cubalah.
Kali pertama buat, memang lembik sket sebab terlebih pisang dan terkurang tepung tapi licin satu loyang.Sabtu lepas, buat pulak sekali lagi.Tapi kali ni memang betul-betul mencabar keimanan.
Hasil kali pertama.Lembik sket kat dalam.Tapi tetap licin satu loyang !
Bahan-bahan yang diperlukan.
Tiada mixer, blender pun berguna rupanya :)
Adunan yang siap sedia untuk dikukus
Masa tengah kukus apam pisang ni dalam 5 minit macam tu gas pulak padam. Masa tu pukul 7.30 pagi. Semangat tu sebab nak breakfast dengan apam pisang kukus ni. Terus telefon pembekal gas, katanya nanti dia hantar. Tunggu punya tunggu, sekali 2 jam baru sampai gasnya. Apa sudah jadi dengan apam saya ?
Kukus dalam pengukus, 5 minit pertama.
Lepas dah tunggu setengah jam tak sampai lagi gasnya , saya pun terfikir nak kukus apam tu dalam periuk nasi. Terus isi air panas dalam periuk nasi dan stimkan apam saya tu.
Kukus dalam rice cooker pun boleh !
Dan hasilnya......
enak tidak terkata :p
Makan pulak masa masih panas-panas dengan ais krim coklat . Perghhhhhh..
Macam makan brownies pulak saya rasa :)
p/s:
My Nuha cakap pandai Ummi buat kek :p Tapi serius rasa dia macam kek pisang jugak saya rasa :)
Resepi Apam pisang kukus versi elissmie [sumber asal : sini]
1 sikat pisang awak (ada biji, buang bijinya)
1 cawan minyak
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu serbuk penaik
1 titik esen vanila
Cara-cara :
Blender pisang, minyak dan gula.
Dalam bekas yang lain, tuang adunan yang telah diblender dan ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul mesra dan masukkan dalam loyang .
* Pastikan periuk pengukus dikukus terlebih dahulu sebelum loyang dimasukkan. Kukus sehingga masak.
Banyak tak korang rasa cabaran saya buat apam pisang kukus ni ?
wow...best ni. lenkali leh wat apam pisang ni
ReplyDeleteseeloknya guna pisang yang masak ranum tu :)
Deletemencabar kuasa 2 la..hehe..leh plak kukus dlm puyuk nasik ek..hehe..leh cuba ni buat backup bila xde gas..hehe
ReplyDeletesup ayam pun akak pernah buat dalam rice cooker tau :p
Deletesedapnyer...telan air liur tgk...huhu
ReplyDeletebukan sedap sangat tapi sedap jugak :p hahahaha
DeleteHari ni sarapan cekodok pisang... Jiran yg beri pisang, banyak dia ambil kat kg, itu pun dah masak sgt tu yg buat cekodok je hihihihi
ReplyDeletepisang yg ranum tu sedap kalau buat apam ni.
Deletesedap sedap....nnt buat lagi yer....kene kurangkan gula skit
ReplyDeleteada kat depan ni bawak hr ni. x manis sgt mcm hr tu
DeleteApa method yang diguna tak penting.. Janji hasilnya mantap! :D
ReplyDeletebetul2 :) setuju sangat :)
Deleteaku pun dah dua kali buat benda ni kat sini (kalo kat msia, jgn hrp aku nak buat).
ReplyDeletetapi aku bakar, tak kukus
bakar mesti lagi sedap kan. aku x dak oven, kesian ;p hahahaha
Deletewew~ sedapnye~ kreatif nye.. pakai periuk nasi pon boleh kukus ek?? pertama kali dengar nih~
ReplyDeletekesiannya. bukan ke semua periuk nasi datang dengan pengukus. mesti campak jer menda alah tu kan :p
Deletemood tengah rajin la nie yea... bila la nak peluang merasa yea...
ReplyDeletemai laa datang ke rumah.hehehehe
Delete