Entry hari ni adalah entry yang serius jugak weh. Jarang aku serius kan :p Sebenarnya,aku bukan sedang berjinak-jinak untuk menjadi agen hartanah walaupun pulangannya lumayan beb . 3% dari harga rumah tu dapat kat agen hartanah tak silap aku lah.Sesiapa yang memang agen hartanah boleh betulkan aku jika aku salah :p
- Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Telah berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
1) Dapatkan khidmat nasihat di bahagian perumahan di tempat korang bekerja, kalo di UiTM Shah Alam, korang pergi ajer ke Bahagian Saraan & Perkhidmatan. Staf kat situ boleh bantu korang untuk mengetahui flow pembelian rumah second hand secara terperinci.
2) Contact Pegawai Penilai di kawasan yang korang nak beli rumah tu untuk nilaikan harga rumah secara kasar di kawasan tersebut. Boleh tengok contact diorang disini bagi rumah di sekitar Selangor di sini http://www.jpph.gov.my/V2/indexcawpapar_staf.php?versi=2&kodc=30&kodb=31
Negeri lain boleh rujuk sini http://www.jpph.gov.my
Bagi tujuan pinjaman perumahan perbendaharaan,pembelian ke atas rumah yang terdapat tambahan bangunan perlu disertakan dengan dokumen kelulusan PBT. Jika tiada, nilaian hanya mengambilkira bangunan asas sahaja (tanpa tambahan). - Sumber : Pegawai Penilai Shah Alam
3) Tengok keadaan rumah, jiran-jiran dan kemudahan yang ada dikawasan tersebut. Lagi dekat dengan ofiz lagi bagus kan.Satu lagi aku prefer dekat dengan masjid sebab Ayah aku kalo datang rumah aku mesti nak pergi masjid .Lepas tu korang rasa berbaloi tak apa yang korang dapat dengan apa yang korang beli tu.Kalo agak-agak kena tambah banyak RMK lagi untuk baiki rumah tu, better cari rumah lain kot :p Aku kalo kena tambah RM10K lagi pun dah tak sanggup.
Korang nak tahu, Jika penilaian lebih rendah dari harga rumah yang ditawarkan, korang perlu menambah baki harga rumah itu sendiri.Contohnya harga rumah 170K,tapi penilaian adalah RM130K, maka korang perlu menambah RM40K sendiri .Kiranya pinjaman diluluskan berdasarkan penilaian atau pinjaman mengikut mana yang terendah.
4) Status rumah. Kalo aku kira bayaran balik,rumah berstatus leasehold (pajakan 100 tahun) mahal sket bayarannya dari rumah berstatus freehold (pegangan bebas).So better kalo cari yang freehold tapi kalo tadak, leasehold pun boleh lah. Tapi lepas 100 tahun kena renew dengan Pejabat Tanah.Agak-agak aku dapat hidup lagi ke sampai seratus tahun ? :p
Kadar pengiraan bayaran balik : http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/pengiraan-kelayakan-anggaran-bayaran-balik-pinjaman-pertama
5) Bolehlah hantar borang permohonan yang lengkap di bahagian perumahan di tempat korang bekerja untuk semakan, lepas tu boleh lah proceed untuk hantar ke Bahagian Penilaian Negeri dan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.Boleh hantar serentak.Penilaian dari Bahagian Penilaian Negeri akan terus di hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.
Link-link yang penting untuk dikongsi :-
Kelayakan pinjaman : http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/kelayakan-pinjaman
Borang permohonan pinjaman perumahan : http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/borang-permohonan
Pertanyaan status kes penilaian perumahan http://www.jpph.gov.my/V2/index3VISPerumahan.php?versi=2
Cara pengiraan duti setem bagi pindah milik harta tanah: http://www.jpph.gov.my/V2/kira_dutisetem.php?versi=2
Semalam, tengok rumah baru , tiba-tiba rasa nak beli rumah baru :p
p/s:
Lagi senang beli rumah baru sebab kadang-kadang pemaju bagi S & P percuma, rebet 10K,khidmat guaman dan duti setem percuma .
Kemaskini terakhir : 8 Ogos 2014
Eliss, saya share di MMB.... :) takde nafsu lagi nk beli rumah...mahu lunas semua hutang kereta keriti kerutu dulu :)
ReplyDeletetq for sharing eliss..aku ni berangan-angan nk beli rumah ke dua..entah bilaaaa la agaknya.
ReplyDeletebagus info nih. cantik rumah tuh, suka rumah tepi or yang ada laman.
ReplyDeleteLatest Entri :
Tingginya Martabat Seorang Ibu
untuk yg keje swasta x de tips ke??? huhuhuhu..
ReplyDeleteooo..dah nak beli aset ropanya.
ReplyDeleterumah baru mahal..x mampu la. hihihi
weh, katne rumah yg u tgk tu?
@Sitisifir10 kalo rasa bermanfaat, boleh laa share. tq :)
ReplyDelete@mrsharis ni bukan rumah kedua, tapi second hand :p
ReplyDelete@eiela cantik memang cantik, cuma jauh sket :p
ReplyDelete@|| NaFiRaa || tak der kena mengena dalam ini cerita..hehehehehe :p
ReplyDelete@isabelle a'ah...rumah tu kat bukit kemuning, boleh klik pada source kat bawah gambar tu utk lebih lanjut yer..
ReplyDeletekalau beli rumah second hand banyak sikit kena repair kan. Knur lebih suka rumah baru tapi yelah agak mahal sikit.
ReplyDeleteohh alhamdulillah dah selamat beli rumah :)
ReplyDeleteleceh jugak ye nk beli umh 2nd..baru igt nk beli tuk buat investment..huhu
ReplyDeletemai singgah
http://gorgeousladys.blogspot.com
yup, beli rumah baru mmg less hassle tp harga rumah baru sekarang ni...
ReplyDeleteya ammmpuuunnn!!!
nice info sharing..maybe one day kami akan merujuk pada entry ni :)
@transformed housewife agak mahal tu yang tak berapa nk mampu tu..hehehe
ReplyDelete@Dinas Aldi belum lagi la Dinas.doa2kan lah yer :)
ReplyDelete@Sarah Syazwani leceh jugak la.kalo diorang jual mahal dari harga pasaran, rabak kita :(
ReplyDelete@lydzar sila la rujuk yang mana berkenaan yer :)
ReplyDeleteapa yang saya cari, terima kasih
ReplyDeletethanx for info...teringin sbrnya nk beli rumah tapi cam x yakin je.. tp kalau lambat beli, makin mahal pulak harga rumah...
ReplyDeletesyarat2 tu bkn ke kena berkhidmat 3 tahun??
ReplyDeleteBukan 5% lar tp 3%. Tp tu bukan dapat terus kepada ejen @ perunding hartanah. Selalunya ejen dpt 50% dan bergantung kepada polisi syarikat serta jumlah profesional fee yang dibayar owner kpd agensi hartanah.
ReplyDeletesaya skang dlm proses nk beli rumah 2nd jgk. myb owner tu jual dgn harga yg lebih tgi dari harga penilaian tapi kawan ckp kita blh anta surat ke jpph tuk markup harga penilaian setara dgn harga jualan rumah so tt x perlu tambah duit sekiranya x dpt full loan.
ReplyDeletekalau saya berjaya buat saya bgtau kat sini ek.. risau sbnrnya ni.
assalam. bole tak sy nak emel nak tye berkenaan ks cmni. kes sy lebih kurg cmni. tq
Deletemiera486@gmail.com
kak... add ym saya kak... byk nk tanya akak psl beli umah ni... wan_hantu04
ReplyDeleteakak nak tanya apa dokumen yg kita nak kene ada sebelum submit...
ReplyDeletenanti saya buat entry psl ni yer..
DeleteSalam.. kalu ade sape2 yg dh berjaya mohon markup harga pd jpph, plz share ye.. harge rumah 2nd skang byk yg lebih tinggi dr penilaian la.. penat tul..
ReplyDeleteBetul tu tuan. Rumah Subsale guna loan kerajaan (penjawat awam) lebih mencabar berbanding guna loan bank salah satunya penilai kerajaan letak harga lebih rendah dari penilai swasta. Harga beli RM280k penilai swasta value sehingga 285k tapi penilai kerajaan value RM240k-250k sahaja.. Kalau kita jadi owner nak ambil harga paling tinggi ke atau rendah dan lokasi menarik.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya baharu sahaja terjumpa blog ini dan terus tertarik akan penerangan yang dikongsi oleh Puan Eliss. Ruangan ini sangat berguna kepada kakitangan kerajaan yang ingin membeli 'second hand', seperti saya ini. Di sini akan beberapa soalan ini saya ingin ajukan:
1. Berapakah kos guaman yang diperlukan semasa urusan 'Sold-Purchase' di antara penjual (tuan rumah} dengan pembeli (kiter ler tu.. :)
2. Adakah dua-dua belah pihak perlu menanggung kos tersebut atau sebelah pihak jer?
Terima kasih Puan Eliss.
kerajaan TAK KAWAL HARGA pasaran rumah utk rkyat...khasny pnjwat awam...sy berani ktakn ini krn traf hidup & kperluan smakin mnigkat...InshaAllah suatu hari nnt rkyat,TAK AKAN MAMPU miliki rumah idaman yg kini hmpir smua d miliki oleh bangsa Cina yg tinggal d rumah2 dgn rkabntuk baru, lokasi strategik dll kprluan
ReplyDeleteBertuah para penjawat awam
ReplyDeleteIngin mencari homestay berdekatan Seksyen 32 Shah Alam? Bolehlah tempah homestay kami dengan kadar yang rendah. Layari blog kami untuk keterangan lebih lanjut di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com
Selalu nye peguam urus kn tok ape ye...
ReplyDelete