Seperti dijanjikan, dibawah ni resepi rempah utk membuat ikan bakar..yum yum...
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahan:
Cili boh
Bawang merah dan bawang putih (dikisar sekali)
Serai dan halia(dikisar sekali)
air belacan
Gula melaka 1 ketul
Gula dan garam secukup rasa
Bunga kantan dikisar
Daun limau purut 3 helai
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak
Tumiskan cili boh sehingga garing..
Lepas tu masukkan gula melaka..
Tumiskan pula bawang merah dan bawang putih hingga naik bau..
Pastu masukkan serai dan halia..
Pastu masukkan bunga kantan yang dikisar tadi..
Masukkan air belacan,gula dan garam secukup rasa dan daun limau purut
Sheaappp...
Memula tu bakar ikan ala2 setengah masak macam tu, balik depan belakang, kendian taruk rempah ikan bakar ni dlm ikan tersebut.. selepas itewh di balut dengan daun pisang atau aluminium foil..sekian.
nak try hari ni...apakah rasanya?
ReplyDeleteerm...ari ni hubby nak makan ikan bako...so leh la try resepi ni lak...thanks for sharing...
ReplyDelete